Semalam FAA dan signage specialist membentangkan signage proposal kepada VC dan Dekan2 UPSI.
Antara yg hadir ialah,
Hj Damanhuri dan Hj Hamidon dari JKR
Huda dari Sakata
Hakim dari FAA
Saiduri Arkitek UPSI
Secara ringkasnya pembentangan menunjukkan proposal utk keseluruhan projek, daripada bangunan-bangunan FAA dan BHA, jalan-jalan, bus stops dll.
Core design consideration ialah warna korporat iaitu Maroon.
Tiada lain2 pertimbangan berkaitan UPSI diberi oleh designer.
Yg lain hanyalah pertimbangan signages secara am, seperti zoning colour, font selection, shapes of signages dll.
UPSI menolak konsep yg cuba dibawakan atas alasan utama iaitu tiada aspek forward looking, contemporary dalam rekabentuk. Semuanya agak generik dan dan biasa dilihat di IPT dalam dan luar negara.
UPSI meminta satu pembentangan baru dibuat.
Untuk bahagian BHA, dua perkara penting.
1. Surau
UPSI memberi petunjuk yang di dalam perancangan mereka Surau ini seharusnya bertaraf masjid apabila di handover, kerana mereka ingin memberi nama kepada Masjid UPSI ini. Jadi dalam signage list kena ada design nama masjid tersebut. BHA kenalah siasat apakah prosedur2 dan kehendak2 dari MAIP utk membolehkan surau ini ditukar taraf masjid.
2. Dewan Besar.
Dewan Besar juga akan mempunyai nama. Mungkin nama bekas Chanselor dsbnya. Jadi kena ada signage yg berupa demikian.
3. Untuk kedua2 signage diatas kita juga kena fikir kat mana nak letak signage tu supaya tak out-of place.