Friday, August 27, 2010

NCR_Pusat Pelajar

Saya telah melawat Pusat Pelajar dengan Hisyam pada Isnin dan mendapati banyak kerja-kerja kontraktor yang tidak boleh dterima.


 

  1. Tangga 2

    Kebanyakannya treadnya (terutama flight no 2) tidak mencapai minima 255mm. Ada yang sependek 230mm


     

Thursday, August 26, 2010

Pembentangan Signage kepada UPSI

Semalam FAA dan signage specialist membentangkan signage proposal kepada VC dan Dekan2 UPSI.
Antara yg hadir ialah,

Hj Damanhuri dan Hj Hamidon dari JKR
Huda dari Sakata
Hakim dari FAA
Saiduri Arkitek UPSI

Secara ringkasnya pembentangan menunjukkan proposal utk keseluruhan projek, daripada bangunan-bangunan FAA dan BHA, jalan-jalan, bus stops dll.

Core design consideration ialah warna korporat iaitu Maroon.
Tiada lain2 pertimbangan berkaitan UPSI diberi oleh designer.
Yg lain hanyalah pertimbangan signages secara am, seperti zoning colour, font selection, shapes of signages dll.

UPSI menolak konsep yg cuba dibawakan atas alasan utama iaitu tiada aspek forward looking, contemporary dalam rekabentuk. Semuanya agak generik dan dan biasa dilihat di IPT dalam dan luar negara.

UPSI meminta satu pembentangan baru dibuat.

Untuk bahagian BHA, dua perkara penting.

1. Surau
UPSI memberi petunjuk yang di dalam perancangan mereka Surau ini seharusnya bertaraf masjid apabila di handover, kerana mereka ingin memberi nama kepada Masjid UPSI ini. Jadi dalam signage list kena ada design nama masjid tersebut. BHA kenalah siasat apakah prosedur2 dan kehendak2 dari MAIP utk membolehkan surau ini ditukar taraf masjid.

2. Dewan Besar.
Dewan Besar juga akan mempunyai nama. Mungkin nama bekas Chanselor dsbnya. Jadi kena ada signage yg berupa demikian.

3. Untuk kedua2 signage diatas kita juga kena fikir kat mana nak letak signage tu supaya tak out-of place.

Thursday, August 19, 2010

ROTU_Design Issues dan Non Compliance

Saya melawat Rotu dengan Hisyam hari ni.

Ada beberapa perkara penting mengenai design dan juga yang memerlukan NCR.

Mulanya NC lah
1. Kedua2 tangga2 riser melebihi 180mm. Dan risers berbeza2 ketinggian. Ada yang 200mm.


Tangga tu lah yang riser tak betul. Terutamanya risers yg bawah

2. Corridor di tingkat bawah fall tak betul. Fall towards bilik, bukan ke parit. Jadi air bertakung.


3. Ketinggian tingkap di bilik tandas lelaki tidak sama dengan tandas perempuan. Jadi utk tandas lelaki, dinding cubicle encroach ke kaca tingkap.


Design
1. Siling di koridor terlalu rendah. Ada masalah beamlah. AD-KSSB kena ambil tindakan utk membetulkan.
Cadangan saya pindahkan semua conduit ke sebelah dinding dan buat box up.

Sebolehnya M&E bawa ke sebelah dinding dan buat bulk head


Agak kartun detailnya di sini

2. Tiada spout pipe pada corridor di tingkat 2, jadi air hujan bertakung le. Fendi, tolong tengok balik sebelum JKR audit tengok.